Beli Rumah, PERCUMA Pakej Umrah Di IJM Land


Bismillah,

Alhamdulillah peluang baik untuk kaum bumiputera, IJM Land Berhad dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. telah melancarkan kempen "Beli Rumah, Jom Umrah" pada masa yang sama. Kempen ini telah dirasmikan pada 25 Mei 2016 yang lalu dan akan berakhir pada 31 Julai 2016.

Lokasi yang dicadangkan adalah di Seremban 2, Seremban 2 Heights atau Seri Binjai @ Rahang yang dibangunkan oleh IJM Land. Yang menariknya kepada mereka yang berhasrat untuk membeli rumah di kawasan ini, pihak Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. turut memberikan pakej umrah secara PERCUMA.

Pakej umrah yang ditawarkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. termasuklah perjalanan pergi dan balik ke Mekah untuk 2 orang selama 12 hari dan menetap di Hilton Towers, Mekah (twin sharing) untuk 6 malam dan di Mawaddah Al Waha atau Mawaddah Al Huda, Madinah selama 4 hari, yang mana kosnya dianggarkan mencecah RM22 000.00.

Pihak IJM Land turut menawarkan beberapa pakej mudah kepada pembeli seperti bayaran muka yang rendah, 0% installment plan sehingga 36 bulan melalui kad kredit, pemotongan S2 Club Subscription Fee selama 2 tahun, subsidi untuk dokumen undang-undang dan guaman dan banyak lagi.

Rimbun Vista, Seremban 2
Aviva Green, Seremban 2
Seri Binjai, Seremban 2
Santana S2 Height

Peluang ini hanya terbuka kepada kaum bumiputera sahaja bagi memberi peluang kepada mereka yang masih tercari-cari lokasi strategik dan memenuhi impian untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Untuk sebarang maklumat mengenai lokasi dan rumah yang ditawarkan, bolehlah terus pergi ke showroom atau dapatkannya di ;


IJM Land Berhad (187405-T)
Ground Floor Wisma IJM
Jalan Yong Shook Lin,
46050 Petaling Jaya,
Selangor.

Tel             : 03-7985 8288/ 1800 222 456
Fax            : 03-7952 9091
Emel         : ijmland.hq@ijm.com
Website    : www.ijmland.com
Facebook : facebook/ijmland
Instagram : instagram/ijmland


6 Comments

  1. Assalamualaikum.

    ada gak dgr temubual peg. pemasaran ijm land kat radio.mcm menarik.design rumah pun cun.tp..harga mesti mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah boleh tahan la. harga starting dalam rm400K++ mcm tu la. Huhu

      Delete
  2. teringin nak ada rumah sendiri...tapi masa belum sampai..huhu

    ReplyDelete
  3. bestnya la hai kalau dapat rumah gini..tapi tak mampu le..heheh

    ReplyDelete
  4. memang banyak rumah baru nak membangun kat seremban2 tu. dekat dengan highway. Untung kan beli rumah kalau dapat percuma pakej umrah tu.

    ReplyDelete